Search

Baru selesai Google Meet dengan ibu kanak-kanak ya...

  • Share this:

Baru selesai Google Meet dengan ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa liwat guru tahfiz. Kami merasai kegeraman, kemarahan, kekesalan serta kesedihan beliau.

Bukan sahaja anak beliau menjadi mangsa tetapi rakan-rakannya juga telah menjadi mangsa kepada 'ustaz' di tahfiz tersebut.

LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT oleh mereka setahun lebih tetapi masih tiada sebarang tindakan dan 'update' perkembangan kes.

Mereka meminta bantuan kami. In Sha Allah kami akan membantu anak-anak mereka keluar dari trauma dengan menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara PERCUMA selain sokongan kepada keluarga yang juga trauma dari kejadian.

Antara kata-kata ibunya kepada kami tadi;

"Niat saya menghantar anak saya ke tahfiz supaya dia belajar agama tetapi tak sangka dia pula diliwat. Saya menyesal sangat. Saya sekarang ini phobia bila lihat orang berjubah, berserban atau berkopiah ini. Saya jadi benci. Saya 'scroll' Facebook bro dan saya tergerak untuk mencuba nasib harap bro & team boleh membantu kami mendapatkan keadilan."

Kami memberitahu kepada beliau,

"Niat & keputusan buat menghantar anak ke pusat tahfiz adalah betul. Semoga Allah kurniakan ganjaran kepada puan dan keluarga. Apa yang berlaku di luar jangkaan kita. Puan tampil membuat report kerana mahukan keadilan. Kita tak nak sesiapa gunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu mereka yang bercanggah dengan agama. Kami bukan polis tetapi In Sha Allah kami akan bekerjasama dengan mereka untuk membantu puan dan mangsa-mangsa lain."

Hampir setiap hari, ya hampir setiap hari kami akan mengadakan minima 2-3 Google Meet berkaitan kes-kes gangguan seksual, predator seksual, serangan seksual dan majoriti mangsa & ahli keluarga adalah keluarga biasa sedangkan pemangsa terdiri dari mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

Semua kes ini kami akan serahkan & kerjasama dengan pihak berkuasa. Sinergi NGO & pihak berkuasa untuk masyarakat.

Saya juga meminta maaf kepada ramai sahabat yang menghubungi saya menerusi call & Whatsapp tetapi tidak berbalas kerana akhirnya, setelah mendengar puluhan rintihan, aduan, tangisan mangsa-mangsa & ahli keluarga, mentally tired.

No worry, saya ok. Selepas berehat saya ok and up and running as usual today. Bagi wanita di luar yang memerlukan sokongan & bantuan, boleh hubungi Sayap Wanita MRM di wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan aturkan Google Meet secepat mungkin .


Tags:

About author
not provided